Perantau yang mengunjung

nuffnang ads

Sunday 3 December 2017

Kelebihan Graduan Teknologi Kejuruteraan : 4 Tahun kemudian

Assalamualaikum W.B.T

Tulisan ini saya tulis sebagai kesinambungan kepada posting saya 4 tahun lepas berkenaan Perbandingan Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan pada 12 Julai 2013. Jujurnya posting tersebut merupakan posting paling ramai dibaca yang pernah saya tulis. Ramai juga komen-komen positif dan ilmu tambahan pada ruangan komen.

Perbezaannya adalah apa yang saya tulis tersebut adalah semasa saya masih belajar, baru masuk semester 1 tahun 2 di Universiti. Jelas pada masa tersebut saya sendiri tidak nampak jalan yang jelas mengenai kekuatan Jurusan Teknologi Kejuruteraan ini. Jadi ini adalah perkongsian bekas graduan teknologi kejuruteraan yang mungkin boleh jadi rujukan kepada mahasiswa-mahasiswi yang masih belajar.

Gamabr bersama umi saya pada konvokesyen pada 2016
 Baiklah, saya tidak mahu menghuraikan terlalu panjang mengenai kejayaan saya atau apa-apa yang berkaitan diri. Mungkin boleh dikongsi di lain masa. Cuma untuk posting ini, saya tulis sebagai pemberi semnagat atau menghilangkan keresahan kepada kalian yang mungkin masih belajar atau yang tengah berkira-kira nak mengambil jurusan Teknologi Kejuruteraan. Saya senaraikan kelebihan yang bakal diperolehi.

1. Isu tak boleh jadi Jurutera
Rasanya ramai yang sudah tahu berkenaan ini. Sepatutnya statement diatas betul kerana pekerjaan Engineer hanya untuk mereka yang mengambil jururusan kejuruteraan manakala pekerjaan bagi jurusan teknologi kejuruteraan dipanggil "Teknologis". Namun hakikatnya di Malaysia, majikan berpandangan kedua-dua bidang ini sama sahaja. Berapa ramai dari kalangan rakan-rakan termasuklah saya tiada masalah bekerja sebagai Jurutera. Tiada istilah beza pembayaran gaji lansung. Jadi jangan risau, bila anda keluar habis belajar, "as long as anda kompeten, boleh buat kerja" majikan tetap ambil.

2. Tak boleh jadi IR (Jurutera Peofessional)
Haa, yang ni pun betul tapi tidaklah setepat itu sebab untuk graduan teknologi kejuruteraan, istilah professional diiktiraf tidak dipanggil "IR" tapi dipanngil "TS". Tetapi, andai kata, anda rasa nak juga Title IR tu, tiada masalah cuma jalan jadi panjang sikit, yang mana anda kena ambil Master dalam kejuruteraan yang diiktiraf oleh BEM dan IEM, kemudian baru boleh lalui proses seperti biasa. Saya pun sekarang sedang sambung belajar Master Kejuruteraan Pembuatan. Mohon doakan ya.

3. Lagi mudah diserap kerja
Sebab apa saya cakap macam tu? Kerana sistem pembelajaran dalam teknologi kejuruteraan ni lebih "mesra industri". Contohnya, perlaksanaan Latihan Industri selama 6 bulan pada semester akhir sememangnya menyumbang kepada kebolehpasaran pelajar untuk diserap. Ramai diantara rakan-rakan saya diserap kerja sebelum bergraduasi lagi. 6 bulan adalah tempoh "interview" secara tidak lansung industri kepada pelajar-pelajar. Seandainya tidak diserap sekalipun, 6 bulan adalah tempoh berharga untuk meyakinkan industri-industri lain.

4. Mesra Industri
Semasa saya attach di salah sebuah syarikat untuk Master projek yang saya terpaksa rahsiakan, saya hadir dalam diskusi bersama Timbalan Naib Canselor Akademik UTeM, beliau bertanya kepada wakil pihak syarikat, "which one do you prefer between engineering technology and pure engineering". Tanpa ragu-ragu beliau menjawab "of course Engineering Technology". Disini saya tekankan bukan bermaksud mereka tidak percaya kepada graduan kejuruteraan, tetapi mereka lebih suka sistem yang diterapkan terhadap graduan teknologi kejuruteraan. Bagi mereka semua pelajar sama sahaja. Sistem universiti yang mana lebih mesra pada mereka, mereka akan pilih.

Akhir kata dari saya, buat mereka yang masih belajar dalam jurusan teknologi kejuruteraan, jangan patah semangat bila kadang-kadang ada yang memperlekehkan kita sebagai graduan kejuruteraan kelas kedua. Berapa ramai rakan-rakan kejuruteraan yang pernah sinis kepada saya dahulu kini mengakui berkenaan keberkesanan sistem belajar teknologi kejuruteraan terhadap industri di negara kita pada hari ini. Belajar lah jurusan apa sekalipun, jangan sesekali merendahkan orang lain. Apapun yang kita belajar, yang penting niat kita kerana Allah S.W.T

*Sekrang saya pelajar kejuruteraan untuk Master, tetapi Teknologi Kejuruteraan masih dihati hehe





9 comments:

  1. assalamualaikum saudara.. sy juga graduan teknologi kejuruteraan.. terima kasih diatas perkongsian yg bermanfaat.. semoga segala urusan saudara dipermudahkan.. Amin.. sudilah melawat ke blog sy http://abangpomen.blogspot.my/?m=1

    ReplyDelete
  2. Salam.Saya nk tanya,bolehkah pelajar ijazah tek. Kej.mngambil kos engineering utk program master?mohon saudara blh tlg jawab,sbb saya pun ada cita2 nk smbung master engineering

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam, boelh tiada masalah. Sebab saya pun dari Tek.Kejuruteraan masa ijazah. Sekarang ni sambung Master Engineering Pure

      Delete
    2. Salam...sdr khairul nizam,ank m.cik dpt twran jmti-Diploma teknologi kejuruteraan(mekatronik,komputer,elelektrik,pembuatan,pemesinan jitu).Tlg bg pencerahan antara semua tu mana byk peluang kerja pd masa akan dtg.Ank m.cik tu spm 2017 dan trwan ni utk intake july 2018.Tlg bg jwpan pd kadar segera spy dia dpt membuat polohan yg tepat.please wasap ni

      http://www.wasap.my/601159205121

      Delete
  3. assalam nak tanya, kalaw degree teknologi telekomunikasu u mana yg ada?..Susah tak nak kerja bagi fresh degree?

    ReplyDelete
  4. hai nak tanya, sekarang saya lebih dalam mode sedih sbb baru perasan saya isi upu hritu ada tech engineering punya kos and saya memang tak tahu pure and tech are different things. and end up saya dpt tech eng instead pure engineering..btw saya nak pure eng for civil sbb dip dlu itu kos saya and skrng dpt teknologi kejuruteraan awam (pembinaan)...so sekarang saya nak tanya if la saya tak boleh kos tech ke kos pure civil..nnti in shaa Allah if saya persue master..saya boleh ke apply pure civil for master eventho saya will graduate dngn sarjana muda tech eng? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tiada masalah, selepas pursue master pure engineering then register as Graduate Engineer with BEM.

      Delete
  5. assalammualaikum nak tanya, boleh saya tahu subjek apa yang kita belajar dalam kos ni?

    ReplyDelete